Thursday, November 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Thailand bebaskan wanita terkait serangan bom

    BANGKOK, 7 NOV – Mahkamah Thailand hari ini membebaskan seorang wanita daripada tuduhan terlibat dalam serangan bom pada 2015 di kuil Erawan yang popular di Bangkok, yang mengorbankan 20 nyawa, kebanyakannya pelancong.

    Wanna Suansan dituduh bersubahat dalam pembunuhan, cubaan membunuh, dan memiliki bahan letupan haram berhubung letupan tersebut.

    Mahkamah di Bangkok memutuskan bahawa tidak terdapat bukti yang mencukupi terhadap wanita berusia 36 tahun itu dan membebaskannya daripada semua tuduhan.

    Suspek utama dalam serangan bom itu, dua lelaki Uyghur, masih dalam perbicaraan, walaupun kes mereka telah berlarutan selama bertahun-tahun.

    Wanna, yang berasal dari wilayah selatan Phang-Nga, dituduh menyewa sebuah hartanah dan membekalkan bahan kimia kepada pengebom.

    Namun, Wanna berada di Turkiye bersama suaminya pada waktu letupan itu berlaku, dan hakim memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan sebarang kaitan antara beliau dengan suspek utama.

    “Tidak ada gambar beliau di lokasi kejadian, tiada data telefon, dan tiada sambungan telefon yang mengaitkannya dengan dua suspek lain,” kata hakim.

    “Tidak ada bukti yang membuktikan tertuduh bersalah atas tuduhan tersebut, jadi mahkamah membebaskannya.” – AFP

    Wanna Suansan, yang telah didakwa atas penglibatan dalam pengeboman tahun 2015, keluar dari Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda