Perkongsian penyanyi Indonesia, Gilga Sahid mengenai pemberian hadiah sebuah traktor kepada bapa mentuanya menarik perhatian ramai.
Menurut isteri kepada Gilga iaitu Happy Asmara, bapanya pernah memasang impian untuk memiliki sebuah traktor, namun perkara itu dianggap mustahil kerana harganya yang terlalu tinggi.
Gilga bagaimanapun berusaha merealisasikan impian bapanya sebagai usaha untuk menambat hati bapa mentuanya itu.
“Ayah saya ada sawah, dia mahu traktor. Saya fikir mustahil untuk dia membeli traktor dengan harga 300 juta rupiah (RM83,000).
“Selepas saya memberitahu dia (Gilga) mengenai keinginan ayah saya, dia mahu membeli traktor tersebut untuk mengambil hati ayah saya,” katanya memetik laporan mStar.
Asmara berkongsi perkara itu ketika muncul dalam fail media digital bersama Maia Estianty pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, tindakan mulia Gilga mendapat pujian warga siber yang memuji keikhlasannya terhadap keluarga isterinya.
“300 juta rupiah? Mas kahwin 1 bilion rupiah, elaun harian 100 juta rupiah. Menyala Gilga!
“Gilga benar-benar ikhlas dengan Asmara dan juga seorang yang rajin. Buktinya, dia turut mampu mengubah suai rumah ibu bapa isterinya,” komen warganet.
Untuk rekod, Gilga dan Asmara mendirikan rumah tangga pada 22 Jun 2024. – Agensi