Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam raikan 78 muslimah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Seramai 78 muslimah Masjid Kampung Bunut dan Masjid Kampung Bengkurong diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Hotel Parkview, hari ini.

    Majlis Khatam Al-Quran Gabungan Muslimah Masjid Kampung Bunut dan Muslimah Masjid Kampung Bengkurong diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam yang seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Majlis diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai dan seterusnya bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Baqarah dari ayat 1-5 oleh peserta-peserta khatam.

    Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban, diikuti dengan merenjis minyak wangi dan penyampaian sijil kepada peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Muslimah Masjid Kampung Bengkurong, Dayang Nursyamsiah binti Husin manakala bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Tenaga Pembimbing Muslimah Masjid Kampung Bunut dan Kampung Bengkurong, Dayang Haniah binti Haji Mohammad Salleh.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Hajah Safiah yang hadir selaku tetamu kehormat.
    Peserta-peserta khatam dalam majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda