Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Menteri luar China buat lawatan ke Filipina

    MANILA, FILIPINA, 21 APRIL – Menteri Luar China, Qin Gang dijangka tiba di Manila hari ini untuk cuba meningkatkan hubungan dengan Filipina, yang sedang mengadakan latihan ketenteraan terbesarnya bersama Amerika Syarikat (AS).

    Pegawai Filipina berkata, Qin bersedia untuk bertemu Presiden Ferdinand Marcos esok selepas pertemuan awal dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Enrique Manalo.

    Lawatan Qin bertepatan dengan Filipina dan AS mengadakan latihan ketenteraan bersama terbesar, dengan hampir 18,000 tentera mengambil bahagian dalam latihan tembak dan tempur sehingga 28 April.

    Marcos telah berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan Washington selepas mantannya, Rodrigo Duterte memusnahkan pakatan itu dan beralih ke Beijing untuk perjanjian-perjanjian ekonomi dan projek infrastruktur.

    Ini berlaku walaupun terdapat konflik tuntutan wilayah antara China dan Filipina di Laut China Selatan yang strategik.

    Tentera AS memegang bendera negara mereka semasa latihan tembakan secara langsung sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan bersama ‘Balikatan’ AS-Filipina di Fort Magsaysay, wilayah Nueva Ecija, kelmarin. – AFP

    “Isu keselamatan serantau yang menjadi perhatian bersama” akan menjadi sebahagian daripada perbincangan, kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) dalam satu kenyataan.

    Memperkukuh kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, tenaga dan infrastruktur turut menjadi agenda.

    Jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbin hari ini berkata lawatan Qin bertujuan untuk ‘meningkatkan kepercayaan bersama”’dan ‘mengendalikan perbezaan dengan betul’ bersama Filipina.

    “China berharap untuk mengukuhkan komunikasi dengan Filipina melalui lawatan ini,” kata Wang dalam taklimat biasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...