Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat tingkat kerjasama perdagangan ASEAN

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Pegawai-pegawai kanan dan wakil-wakil daripada Badan Standard Kebangsaan Negara-negara Anggota ASEAN (AMS) telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Trade in Goods Agreement (Upgrade Negotiation) Working Group on Standards, Technical Regulations and Conformity Assessment Procedures (ATIGA Upgrade Negotiation WG STRACAP) ke-8 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, ATIGA WG STRACAP merupakan salah satu plaform bagi meningkatkan lagi kerjasama perdagangan di rantau ASEAN melalui Piawaian dan Penilaian Konformiti sebagai instrumen kemudahan perdagangan.

    Sesi mesyuarat selama dua hari berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Pakar Pembangunan Industri Perdagangan, Filipina, Ma Teresita Marites Lourdes G Rosario.

    Hadir untuk mengalu-alukan kedatangan para hadirin dari negara-negara anggota ASEAN ke mesyuarat itu ialah Pengarah di Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Allen On selaku Pemangku Pengarah Pusat Standard dan Akreditasi Brunei Darussalam (PSABD).

    Selaras dengan tumpuan Mesyuarat Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN ke-36, Perjanjian ATIGA yang bakal dinaik taraf itu akan menyumbang kepada integrasi ekonomi yang lebih mampan dan persekitaran kondusif terhadap pertumbuhan, pembangunan dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.

    Mesyuarat berkenaan juga mengambil kira elemen-elemen baharu untuk dipertimbangkan di bawah Bab STRACAP sempena penaiktarafan perjanjian ATIGA STRACAP itu nanti.

    Ia akan menggalakkan persefahaman mengenai piawaian, mengukuhkan pertukaran maklumat dan meningkatkan lagi kerjasama antara badan antarabangsa, sekali gus meningkatkan nilai eksport untuk pasaran.

    Allen On bergambar ramai semasa mesyuarat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Mesyuarat himpun pegawai, wakil Badan Standard Kebangsaan AMS. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda