Tuesday, February 4, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mikroplastik boleh meresap masuk dalam otak

    NEW YORK, 4 FEB – Mikroplastik kini boleh meresap ke dalam otak manusia seterusnya membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan ketajaman mental manusia, menurut satu kajian yang diterbitkan kelmarin dalam jurnal Nature Medicine.

    “Serpihan kecil plastik boleh meresap masuk ke otak dan jumlah mikroplastik dalam otak nampaknya meningkat dari semasa ke semasa,” kata The Washington Post dalam laporannya mengenai penemuan kajian berkenaan. “Terdapat 50 peratus lebih serpihan plastik dalam otak yang dianalisis pada 2024 berbanding 2016.”

    Para saintis juga memeriksa otak 12 pesakit yang meninggal dunia yang didiagnosis dengan demensia dan mendapati mereka mempunyai mikroplastik tiga hingga lima kali lebih banyak daripada otak biasa.

    Mikroplastik ialah kepingan plastik kecil, bersaiz kurang daripada 5 milimeter, yang sama ada dihasilkan atau terkopek daripada objek plastik. Sementara nanoplastik pula adalah lebih kecil dan boleh jadi lebih halus daripada rambut manusia.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saintis telah menyedari bahawa banyak barangan plastik (beg plastik, botol air, tayar, poliester atau pakaian sintetik) boleh mengeluarkan serpihan kecil atau gentian yang masuk ke udara, makanan dan air.

    Banyak zarah-zarah tersebut boleh meresap jauh ke dalam tubuh manusia. Mikroplastik telah dikenal pasti dalam hati, plasenta, darah, buah zakar, malah arteri tertentu yang menuju ke jantung. – Xinhua

    Barangan plastik boleh mengeluarkan serpihan kecil atau gentian yang masuk ke udara, makanan dan air. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda