Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Murid jana pendapatan jual kereta mainan

    KUALA NERUS, 13 MAC – Usia muda tidak menghalang Muhammad Khairie Danish Kamal Ariffin, 12, dari Kampung Baru Seberang Takir untuk menjana pendapatan sendiri melalui jualan kereta mainan Hot Wheels.

    Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir itu juga bijak memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok yang terbukti sebagai platform perniagaan yang efisien.

    Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual kereta mainan tersebut timbul selepas mendapati ramai peminat barangan itu di Terengganu.

    “Sekarang ini dah timbul balik kereta Hot Wheels menjadi satu fenomena.”

    “Ramai orang cari kereta Hot Wheels untuk membuat koleksi kerana bentuknya yang cantik dan hampir serupa dengan reka bentuk kereta asal yang diinspirasikan,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir di sini.

    Muhammad Khairie Danish berkata dia mula berniaga pada awal cuti sekolah Februari lepas melalui rakaman video secara langsung di aplikasi TikTok menggunakan modal sendiri sebanyak RM100.

    Usaha anak kedua daripada empat beradik itu mendapat galakan ibu bapanya dan setakat ini dia sudah mengumpulkan jualan sebanyak RM700.

    “Harga kereta mainan yang saya jual antara RM10 hingga RM120. Setakat ini dah jual lebih 20 buah dan dapatlah RM700. Duit ini sebahagiannya saya nak guna untuk pusing modal dan sebahagian lagi nak beli barang kelengkapan sekolah.

    “Harapnya dapatlah kurangkan sedikit beban mak ayah kerana saya ada tiga lagi adik beradik lain yang bersekolah dan ayah pun hanya bekerja sebagai pemandu teksi sahaja,” katanya yang mendapatkan stok kereta mainan Hot Wheels daripada pembekal dari Kuala Terengganu. – Bernama

    Muhammad Khairie Danish melayan pelanggan menerusi panggilan telefon semasa menjual kereta mainan Hot Wheels di Kampung Batin, Seberang Takir. – Bernama
    Muhammad Khairie Danish mengiklankan kereta mainan Hot Wheels melalui Tiktok di Kampung Batin, Seberang Takir. – Bernama
    Muhammad Khairie Danish mengiklankan kereta mainan Hot Wheels melalui Tiktok di Kampung Batin, Seberang Takir. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...