Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Dua atlet harumkan nama negara dalam cabaran BUTM 2023

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Dua atlet negara yang mengikuti acara trail running berjaya mengharumkan nama negara selepas menduduki tempat teratas di kelas acara saingan rantau Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM) 2023 yang berlangsung di Tamparuli, Malaysia, baru-baru ini.

    Pelari tempatan, Sham suleffendy Haji Sulaiman mendapat tempat teratas dalam kategori Veteran Lelaki (45 tahun ke atas) dan tempat kedua dalam kategori keseluruhan acara 30km dengan catatan masa 3 jam 34 minit 28 saat.

    Dia juga menduduki tempat pertama dalam kategori veteran lelaki dan keseluruhan acara 9km selepas mencatatkan masa 47 minit 20 saat. Manakala rakan senegaranya, Suhail Salleh mencatatkan masa 52 minit 53 saat dan menduduki tempat teratas kategori Lelaki bawah 45 tahun sekali gus menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam acara 9km. Kedua-duanya mewakili kelab larian tempatan, Santai Group.

    BUTM merupakan acara maraton ultra trail luar ekstrem yang membawa peserta melalui gabungan persekitaran hutan semula jadi dan landskap budaya merentasi denai, trek tanah dan jalan-jalan kecil di Lembah Kiulu Utara Kota Kinabalu.

    Perlumbaan 30km itu memberi cabaran kepada peserta peringkat pertengahan dengan keseimbangan yang baik antara beberapa bukit curam, denai tunggal dan bahagian jalan dan trek yang lebih mudah.

    Sementara itu, perlumbaan sejauh 9km memberikan pengalaman larian denai yang unik kepada pemula dan mereka yang baru menceburi dalam sukan yang semakin popular itu.

    Shamsuleffendy dan Suhail Salleh di kejohanan BUTM 2023 di Tamparuli, Malaysia. – Gambar serahan Santai Group
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...