PETALING JAYA – Susulan kontroversi penyiaran rancangan hiburan Singapura yang didakwa mempersendakan Datuk Seri Najib Tun Razak, pengacara terkenal Najip Ali tampil memohon maaf kepada Perdana Menteri. Menerusi kenyataan baru-baru ini, Najip sering terlibat dalam pelbagai program hiburan di negara ini mengakui tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombor satu Malaysia sebagai bahan jenaka.