Thursday, December 19, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix hasilkan siri aksi popular One Piece

    Filem Manga Jepun, One Piece akan disiarkan di Netflix sebagai siri aksi langsung, ia adalah satu perkemba-ngan yang menarik dan membimbangkan peminat yang telah melihat kejayaan bercampur-baur dalam senarai adaptasi Hollywood yang semakin meningkat.

    Filem berkenaan mengisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy, seorang lanun muda yang berhati mulia, siri manga terlaris dunia itu telah diadaptasi menjadi siri TV anime dengan lebih 900 episod. Terdapat juga 13 filem animasi, permainan video ‘One Piece’ dan banyak barangan lain yang berkaitan.

    Nina Oiki, seorang penyelidik jantina dan politik di Universiti Waseda Tokyo yang telah menjadi peminat ‘One Piece’ sejak dia di bangku sekolah lagi.

    Dia membaca manga yang dicipta oleh Eiichiro Oda apabila ia mula-mula keluar dalam majalah Shonen Jump pada tahun 1997, dan menonton rancangan animasi itu tidak lama kemudian.

    “Saya tahu ramai yang bimbang mengenai apa yang mungkin berlaku dengan penghasilan semula filem industri Hollywood,” katanya, sambil menyatakan bagaimana percubaan Amerika Syarikat pada masa lalu untuk menggambarkan komik Jepun dan karya animasi kadang-kadang terbukti mengecewakan. – AP

    Nina Oiki, penyelidik di Universiti Waseda Tokyo, bergambar dengan beberapa barangan watak anime ‘One Piece’ kegemarannya di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda