PARIS, 14 MAC – Atletic Bilbao menundukkan Roma, yang bermain dengan 10 pemain, dengan keputusan 3-1 dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi, sementara Eintracht Frankfurt menewaskan Ajax 4-0 untuk menempah slot di pusingan suku akhir dengan kemenangan agregat 6-2.
Pemenang Euro 2024, Nico Williams meledak dua gol penting ketika Bilbao untuk mengatasi defisit satu gol daripada perlawanan pertama untuk mara dengan agregat 4-3 menentang pasukan dari Itali itu.
Pertemuan tersebut berubah dengan dramatik menyebelahi pasukan tuan rumah pada minit ke-11 apabila pemain pertahanan Roma, Mats Hummels dilayangkan kad merah atas kekasarannya ke atas Maroan Sannadi.
Bilbao memberikan tekanan dan akhirnya berjaya menembusi pertahanan tiga minit pada masa tambahan separuh masa pertama
Hantaran lintang daripada Inaki Williams dari sebelah kiri menuju ke dalam kotak penalti dan sambut oleh Nico yang kemudian membuat percubaan, usahanya terlantun terkena Angelino lalu menewaskan Mile Svilar.
Sementara itu, tandukan kencang Yuri Berchiche daripada sepakan penjuru meletakkan kelab dari Basque itu 2-0 di hadapan pada minit ke68 di San Mames dan Nico Williams mencatat gol keduanya lapan minit sebelum wisel penamat.
Sepakan penalti pada minit ke-93 oleh Leandro Paredes memberikan sedikit harapan kepada kelab Rom di saat-saat akhir perlawanan, tetapi Bilbao kukuh bertahan.- AFP
