Wednesday, December 25, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati hidangan Kaiseki Jepun

    SEOUL – Makan malam kaiseki, merujuk kepada gaya masakan tradisional Jepun yang datang bersama siri hidangan kecil yang kompleks, merupakan cara terbaik untuk meneroka dan menikmati rasa masakan Jepun yang enak dan lazat.

    Cef Nobuhiro Yoshida, seorang cef veteran atau cef de cuisine di sebuah restoran Jepun yang terletak di Tokyo, berada di Seoul minggu ini untuk acara promosi cef undangan Seoul sempena Malam Tokyo di Seoul.

    Yoshida, dengan pengalaman 30 tahun di restoran kelas terkenal Hyatt, bukan sahaja membawakan pengalaman penggemar makanan santapan Jepun tetapi juga menggabungkan bahan-bahan bermusim Korea dengan kemahiran masakannya.

    “Saya gembira dan terkejut kerana bahan-bahan Korea mempunyai kualiti yang baik,” kata Yoshida kepada The Korea Herald.

    “Saya bernasib baik untuk menyertai promosi cef jemputan Malam Tokyo di Seoul ini selama dua tahun berturut-turut, saya juga menghargai semua pelanggan Korea yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang masakan kaiseki Jepun,” tambahnya.

    Cef Lee Jei-syng (kiri) dan Cef Nobuhiro Yoshida. – ANN/The Korea Herald
    Pembuka selera terdiri daripada salmon, kerang dan landak laut. – ANN/The Korea Herald
    Belut air tawar, terung dan timun. – ANN/The Korea Herald
    Isi ekor ikan goreng. – ANN/The Korea Herald
    Gambar www-kbeautymuse-co

    Makan malam kaiseki mewah acara tersebut bermula dengan pembuka selera menggunakan salmon panggang lembut, kerang dan landak laut segar – uni dalam bahasa Jepun – semuanya disusun secara artistik di atas pinggan kecil yang ditutup dengan daun.

    Daun adalah hiasan biasa untuk hidangan kaiseki musim panas kerana ia menawarkan suasana yang sejuk.

    Selain itu, pembuka selera pula terdiri daripada dua potong belut air tawar panggang dengan terung goreng dan timun masin yang dihiris nipis. Ditabur dengan serbuk ash berry Jepun, rasa serbuk yang pedas menambah lagi rasa empuk dan rangup belut bersama terung dan timun sejuk.

    Cef Yoshida berhasrat untuk menggabungkan bahan-bahan tersebut dengan harmoni kerana belut diketahui menawarkan kepanasan dan tenaga kepada badan manakala terung dan timun pula menyejukkan badan.

    Selepas menikmati sajian tuna segar dan juga ikan lain dalam pelbagai saiz, yang menawarkan rasa ikan bermusim yang pejal dan kenyal, serta isi ekor ikan rangup yang digoreng dan daging hanwoo Korea yang direneh dalam Nabe – periuk panas rebus – mi soba yang sejuk adalah cara terbaik dijadikan pencuci mulut.

    Makan malam yang terdiri daripada lapan hidangan kaiseki berakhir dengan pencuci mulut, merangkumi sup yang dimasak dengan tembikai Korea, atau chamwoe, tauhu susu dan ais krim teh hijau. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda