Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Bang Dalam FC kutip tiga mata

    TUTONG, 4 OGOS – Pasukan Bang Dalam FC meraih kemenangan pertama Liga Daerah Tutong (TDL) selepas menewaskan 3 PML 2-1 di Kompleks Sukan Tutong di Tutong, semalam.

    Mohd Kamarul Hazaze bin Rosle membuka tirai jaringan untuk Pasukan Bang Dalam pada minit ke-41 sebelum Mohd Nurakmal Rizal bin Muhd Norawi menggandakan kelebihan pasukannya tiga minit kemudian.

    3 PML yang masih memburu kemenangan pertama berjaya memperoleh satu gol melalui Muhd Ari Saizulfadli bin Ariffin pada minit ke-80.

    Jumaat lalu, pasukan TDAFA Bawah 23 tahun menewaskan Azmainshah FC 2-0 menerusi jaringan Muhd Rasul Abdul Rashid dan Muhd Aiman Haziq.

    Perlawanan pembukaan liga menyaksikan Azmainshah dan 3 PML terikat dengan keputusan seri 2-2 sementara Tutong Hotspurs meraikan kemenangan 8-2 ke atas Pasukan Bang Dalam FC pada perlawanan berikutnya.

    Liga lima pasukan itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong.

    Pemain-pemain Pasukan Bang Dalam FC bergambar ramai semasa perlawanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN TDAFA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda