Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB: separuh penduduk Lubnan berdepan krisis makanan

    BEIRUT, 30 OGOS – Lebih separuh daripada penduduk Lubnan berdepan risiko krisis makanan, susulan tragedi letupan di pelabuhan Beirut, kata agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    “Lebih separuh populasi penduduk berdepan risiko kegagalan memperoleh bekalan makanan asasi menjelang akhir tahun ini.

    “Pendekatan segera perlu diambil bagi mengelakkan krisis makanan ini daripada berlaku,” kata Rola Dashti, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Barat PBB (ESCWA). Kerajaan Lubnan katanya, perlu memberi keutamaan terhadap pembinaan semula struktur penyimpanan di pelabuhan Beirut, iaitu gudang bijirin terbesar negara itu.

    Lubnan dilanda kemelut ekonomi walaupun sebelum tragedi letupan berkenaan berlaku pada 4 Ogos lalu, yang meragut 188 nyawa, mencederakan ribuan lain dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara.

    Negara berkenaan terjerat dalam hutang, manakala nilai mata wang menjunam akibat pasaran gelap, menyebabkan kadar kemiskinan semakin meningkat dan ia diburukkan oleh pandemik COVID-19. – AFP

    Tapak kejadian letupan pada 4 Ogos lalu di pelabuhan Beirut, Lubnan. PBB melaporkan bahawa separuh rakyat Lubnan berdepan krisis makanan akibat letupan dan ekonominya yang terjejas teruk. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda