Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar India cipta pembersih vakum terkecil di dunia

    NEW DELHI, 12 SEPT – Seorang pelajar berusia 23 tahun dari India, Tapala Nadamuni memegang Guinness Records untuk Pembersih Vakum Berfungsi Terkecil di Dunia, dengan alat penyedut berkuasa elektronik yang lebih kecil daripada kuku jari kelingking.

    Menurut laporan daripada laman web Oddity Central, pelajar tersebut sebelum ini memegang rekod berkenaan dari 2020 hingga 2022, dengan gajet kecil berukuran hanya 1.76 sentimeter (cm).

    Namun, dia kehilangan rekod itu kepada seseorang yang berjaya membina pembersih vakum berfungsi yang kurang daripada separuh saiznya (0.85 cm), maka Nadamuni menghabiskan tempoh dua tahun lalu untuk cuba memenanginya semula.

    Selepas beberapa percubaannya ditolak oleh Guinness Records selain menghabiskan ratusan jam dalam penyelidikan dan pembangunan, dia berjaya mencipta pembersih vakum berukuran 0.65 cm.

    Nadamuni telah mengubah suai pelbagai gajet sejak dia masih kecil, tetapi mencipta pembersih vakum terkecil di dunia bukan sekali, tetapi dua kali, pastinya merupakan kemuncak kerjayanya sebagai pencipta.

    Kejayaan keduanya adalah yang paling mencabar untuk dicapai, kerana dia terpaksa membuat beberapa perubahan untuk memastikan ciptaannya memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Guinness Records. Ciptaannya terdiri daripada pen mata bola yang diubah suai dengan kepingan logam dan plastik.

    Nadamuni membelanjakan kira-kira AS$240 untuk membina pembersih vakum berfungsi terkecil di dunia, tetapi pelaburan masanya dalam projek itu jauh lebih besar, hampir dua tahun. – Agensi

    Gambar Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda