CLEVELAND, 18 Mei – Sekumpulan pelajar sekolah tinggi Ohio secara sukarela menerima serangan penyembur lada di muka masing-masing dan menggelar pengalaman menyakitkan itu satu pengajaran berguna. Lebih daripada berbelasan pelajar Sekolah Tinggi Barberton bersetuju untuk disemburi minggu lepas dengan persetujuan ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada latihan kelas. Sebuah video yang disiarkan secara dalam talian