Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain Sepanyol lakukan serangan seksual, didenda AS$6,600

    MADRID, 13 SEPT – Pemain bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo, telah disabitkan dengan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot sebelum perlawanan LaLiga pada 2019, kata pegawai mahkamah, kelmarin.

    Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum parkit Espanyol semasa pemain berbaris untuk memberi hormat antara satu sama lain sebelum bola sepak mula.

    Mallo didenda 6,000 euro (AS$6,600) dan diperintah untuk membayar 1,000 euro (AS$1,100) sebagai ganti rugi kepada mangsa.

    Mallo yang berusia 33 tahun itu menegaskan tidak bersalah dan berkata, dia merancang untuk merayu hukuman itu. Dia menyiarkan video kejadian itu di Instagram.

    “Saya menafikan secara mutlak fakta yang dikaitkan dengan saya dalam keputusan itu,” katanya.

    “Saya mengaku semasa berpaling selepas menghulurkan salam bahawa tangan saya boleh menyentuh pinggang maskot itu, tetapi saya menafikan sama sekali ia menyentuh payudara maskot itu.”

    Kes itu pada mulanya ditolak tetapi keputusan itu telah dibatalkan atas rayuan. – AP

    Gambar fail maskot Espanyol FC membuat persembahan sebelum perlawanan menentang Atletico de Madrid di Barcelona pada 12 September 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda