Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Pembangkang Macedonia Utara menang pilihan raya parlimen, presiden

    SKOPJE, 9 MEI – Parti pembangkang utama Macedonia Utara VMRO-DPMNE memenangi kedua-dua pilihan raya parlimen dan presiden pada Rabu, menurut keputusan awal, lapor Xinhua.

    Pemimpin Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia (SDSM) yang memerintah, Dimitar Kovacevski telah mengakui kekalahan dalam kedua-dua pilihan raya itu.

    Rundingan antara gabungan VMRO-DPMNE dan VLEN, blok utama parti pembangkang Albania, untuk membentuk kerajaan dijangka bermula Khamis.

    VMRO-DPMNE juga meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden yang diadakan serentak. Gordana Siljanovska Davkova, bekas profesor undang-undang yang telah bersara dan bekas ahli parlimen, menewaskan lawannya, penyandang Presiden dan calon SDSM, Stevo Pendarovski, dengan majoriti besar. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...