Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangunan Nusantara baharu berjalan lancar – Widodo

    JAKARTA, 29 JULAI – Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata hari ini ‘semuanya masih dalam proses’ semasa lawatan ke ibu negara baharu yang dirancang negara itu, iaitu  pembangunan besar bagi tempoh dua penggal beliau memegang jawatan tetapi dibelenggu oleh kelewatan.

    Ibu kota itu dijangka berpindah dari Jakarta yang sesak dan padat ke bandar Nusantara yang dirancang di wilayah Kalimantan Timur, di mana projek itu tertunda beberapa bulan malah bertahun-tahun di belakang jadual.

    Widodo dijangka menghadiri upacara menaikkan bendera di Nusantara pada 17 Ogos untuk menandakan Hari Kemerdekaan Indonesia dan telah menjemput orang kenamaan termasuk duta dan pelabur utama ke acara itu.

    Tetapi keseluruhan projek adalah jauh di belakang jadual dan gelombang pertama ribuan penjawat awam yang akan berpindah ke bandar pada September telah ditangguhkan beberapa bulan.

    “Kami datang ke sini untuk menyemak kemajuan terkini mengenai pembangunan… terutamanya pembinaan istana,” kata Widodo dalam kenyataan.

    “Saya nampak semuanya masih dalam proses.”

    Sementara itu, isteri Presiden Widodo, Iriana, dan beberapa pegawai telah tiba di Nusantara kelmarin, bersama beberapa pengaruh media sosial Indonesia.

    Mereka menaiki jalan tol yang masih dalam pembinaan yang menghubungkan Nusantara dengan bandar terdekat, Balikpapan.

    Kerajaan  Indonesia telah  menyasarkan 1.9 juta orang djangka untuk tinggal di Nusantara menjelang 2045, mengimport gelombang aktiviti manusia dan perindustrian ke tengah-tengah Borneo.

    Pencinta alam sekitar telah memberi amaran bahawa bandar yang dirancang itu akan mempercepatkan penebangan hutan di salah satu kawasan hutan hujan tropika terbesar di dunia. – AFP

     

    Gambar bertarikh 22 September 2021 menunjukkan Presiden Joko Widodo semasa menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kali ke-76 di Ibu Pejabat PBB. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda