Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen menerusi kaunter hari ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan melalui kaunter
    walk-in bagi bulan ini.

    Pembayaran bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan esok di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala itu, bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong, ia akan dilaksanakan di Kaunter Pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan esok bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 10 Disember adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan para penerima untuk membawa kad pengenalan asal dan diwajibkan memakai pelitup muka bagi yang mempunyai tanda-tanda jangkitan.

    Sementara itu, bagi mereka yang berwakil, dinasihatkan membawa borang surat wakil yang lengkap, kad pengenalan asal yang berwakilkan dan kad pengenalan asal yang diwakilkan.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 atau 2383469.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...