Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Pembinaan penghadang Gunung Fuji ditangguh

    TOKYO, 9 MEI – Pelancong mempunyai beberapa hari lagi untuk mengambil gambar Gunung Fuji di tempat yang popular selepas pihak berkuasa Jepun hari ini berkata bahawa pembinaan penghadang telah ditangguhkan.

    Pekan Fujikawaguchiko sedang membina skrin untuk menghalang orang ramai daripada mengambil gambar Gunung Fuji, mercu tanda terkenal Jepun, yang berhadapan dengan kedai serbaneka Lawson.

    Penduduk mengadu bahawa para pelancong menyebabkan timbulnya masalah lalu lintas dan mereka berkelakuan buruk kerana terdesak untuk mendapatkan gambar Instagram yang sempurna.

    Penghadang itu pada asalnya dijadualkan dibina pada minggu lalu dan kemudian pada pertengahan Mei, tetapi seorang pegawai bandar memberitahu AFP hari ini bahawa terdapat masalah penghantaran bagi mendapatkan bahan yang diperlukan.

    “Kami percaya kami akan menerima barangan yang diperlukan paa atau sekitar 20 Mei atau lebih lewat,” kata pegawai itu, tanpa mahu namanya didedahkan.

    Penghadang yang diperbuat daripada panel jaring berukuran 2.5 x 20 meter dan tiang telah dipasang sejak awal Mei.

    Lawson mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu untuk kepada penduduk tempatan, pelanggan kedai dan orang ramai yang rasa terganggu dengan populariti kedudukan baik untuk menyaksikan gunung berkenaan dekat kedainya.

    Kedai serbaneka itu berkata ia telah mengerahkan pekerjanya dari ibu pejabat Lawson dan meletakkan papan tanda dalam pelbagai bahasa, yang menyatakan bahawa ‘dilarang menyeberang jalan di hadapan kedai itu’.

    Ia juga sedang mempertimbangkan untuk menempatkan pekerja keselamatan swasta. – AFP

    Gambar menunjukkan seorang pelancong sedang bergambar di hadapan kedai serbaneka dengan latar belakang Gunung Fuji pada 3 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...