Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI – Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan, menurut pegawai-pegawai hari ini.

    Langkah itu dibuat sehari selepas hampir 300 pekerja syarikat penerbangan itu mengambil cuti sakit dan menutup telefon mereka yang membawa kepada gangguan penerbangan berskala besar.

    Surat pemecatan yang dikeluarkan kepada pekerja menyatakan bahawa pengambilan cuti sakit secara beramai-ramai itu ‘jelas menunjukkan satu tindakan yang dirancang dan dibuat secara kolektif tanpa alasan yang munasabah’.

    Pengurusan syarikat penerbangan itu juga memberi kata dua kepada pekerja supaya melaporkan diri bekerja menjelang petang tadi atau bakal berdepan tindakan.

    Sejak Selasa malam, lebih 100 penerbangan antarabangsa dan domestik telah dibatalkan oleh syarikat penerbangan itu. Laporan mengatakan 74 penerbangan dibatalkan hari ini.

    Pembatalan penerbangan itu mencetuskan krisis kepada syarikat penerbangan tambang murah itu, yang merupakan anak syarikat Air India milik kumpulan Tata.

    Para pekerja telah memprotes syarat pekerjaan baharu dan didakwa kurang kesaksamaan dalam layanan kakitangan.

    Krisis itu telah melanda syarikat penerbangan itu ketika ia berada di tengah-tengah penggabungan dengan AIX Connect (dahulunya AirAsia India). – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...