Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat menyelinap tunggu depan bilik hotel Dua Lipa

    Sekumpulan peminat berjaya menyelinap ke hotel penginapan penyanyi Dua Lipa di Santiago, Chile pada Isnin.

    The Sun melaporkan mereka berjaya mendapat akses ke tingkat bilik penyanyi berkenaan dan menunggunya di hadapan pintu bilik hotelnya untuk mengambil gambar bersamanya.

    “Keadaan bertukar kecoh disebabkan peminat terlalu teruja dan ingin bertemu dengannya.

    “Mereka bukan sahaja berjaya mendapat akses ke aras bilik Dua tetapi menunggunya di luar bilik dan tak berganjak sehingga pihak pengurusan terpaksa membuat kawalan ketat,” kata sumber.

    Susulan insiden itu, Dua dilaporkan enggan mengambil foto bersama peminat kerana berasa bimbang akan keselamatan dirinya.

    Difahamkan, penyanyi lagu New Rules itu berada di Chile kerana sedang menjalani penggambaran iklan.

    Dua juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pada Jun tahun lalu, Dua pernah berdepan dengan insiden sama apabila seorang selebriti TikTok menyelinap masuk ke lokasi latihan di Birmingham, England.

    Pasukan keselamatan penyanyi berkenaan berjaya mengesan individu tidak dikenali secara tiba-tiba masuk ke tempat latihan mereka sebelum menahannya. – Agensi

    Dua enggan mengambil foto bersama peminat di dalam hotel atas faktor keselamatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda