Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Pemuda Malaysia disiasat cuba seludup dadah ke Singapura

SINGAPURA, 16 JAN – Seorang pemuda warga Malaysia berusia 21 tahun sedang disiasat di Singapura kerana cuba menyeludup dadah bernilai lebih S$169,000 ke negara itu, termasuk lebih 4.6 kilogram ganja, pada Selasa, kata pihak berkuasa hari ini.

Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata sejumlah kira-kira 4,648 gram (g) ganja, 542g Ice dan 250 tablet Erimin-5 ditemukan disembunyikan di pelbagai bahagian motosikal lelaki itu semasa berhenti di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pegawai ICA menemukan satu bungkusan hitam di bahagian depan fairing motosikal tersebut sebelum memaklumkan kepada CNB untuk pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berdaftar Malaysia itu, yang membawa kepada penemuan penuh. – Bernama

Gambar Freepik
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda