Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Permohonan Skim TVET sesi 2024/2025 dibukakan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi akademik 2024/2025 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri, dibukakan bermula hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, Skim TVET merupakan salah satu projek kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dan pihak Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri.

    Skim itu disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak-anak tempatan.

    Dalam hubungan itu, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat O yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan Skim TVET berkenaan.

    Surat pemberitahuan bilangan 04/2024 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapatkan menerusi laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Borang-borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan iaitu ke pihak institusi yang ditetapkan tidak lewat pada 22 April, pukul 4 petang.

    Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 semasa bulan Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan selepas bulan Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau e-mel kepada scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...