Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perniagaan Song Ji Hyo terima hanya dua pesanan sehari

    Percaturan pelakon Song Ji Hyo melibatkan diri dalam dunia perniagaan pakaian dalam wanita nampaknya kurang mendapat sambutan pelanggan.

    Menerusi program hiburan Running Man yang disiarkan pada Ahad lalu, para ahli rancangan berkenaan turut bimbang dengan perniagaan Ji Hyo apabila mendengar cerita mengenainya.

    Pengacara Yoo Jae Suk pula mendedahkan, Ji Hyo, 44, berdepan cabaran apabila dalam sehari hanya satu atau dua pasang baju dalam yang terjual.

    “Ji Hyo baru sahaja memulakan perniagaan tetapi dia sudah risau. Mana tidaknya, dia hanya dapat satu atau dua pesanan dalam sehari.

    “Awak perlu bertahan Ji Hyo! Perniagaan adalah sesuatu yang awak perlu lihat dalam jangka masa panjang,” katanya.

    Enggan cepat mengalah, Ji Hyo membalas dia akan bekerja lebih keras agar perniagaan yang diusahakannya itu berjaya pada masa hadapan.

    “Saya akan bekerja keras,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ji Hyo melancarkan jenama pakaian dalam wanita miliknya pada Disember tahun lalu. – Agensi

    Tag: 

    Perniagaan Ji Hyo kurang dapat sambutan sejak dilancarkan.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda