Oleh Pg Fairol RMF BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – GHK Motors Sdn Bhd telah membawa masuk kereta Perodua terbaru ‘Perodua Bezza Premium X’ yang merupakan kereta sedan pertama dihasilkan oleh jenama buatan Malaysia berkenaan. Bezza merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama dalam barisan model Perodua yang mana ‘Beza’ bermaksud berlainan dalam Bahasa Malaysia.