Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam semalam mengadakan mesyuarat bagi persembahan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden PERSIB, Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Ludin yang antaranya turut menjawab persoalan dan pertanyaan selain berkongsi pendapat beliau di dalam menjayakan program yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.
Turut hadir ke majlis yang berlangsung di Perkampungan Sukan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas ialah pemimpin-pemimpin, perwakilan dan juga ahli jawatankuasa PERSIB dan juga ahli-ahli persekutuan.
Antara yang dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan adalah bFestival Jubli Emas, Pameran Jubli Emas yang dijangka berlangsung pada 29 November 2017, persembahan pencak silat dan juga beberapa perkara lain yang berkaitan.
