BEIJING, 8 DIS – Pesawat latihan asas AG100 buatan China secara rasmi telah memulakan operasi komersial, menurut Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC). Pesawat satu enjin itu baru-baru ini memulakan perkhidmatan komersial di sebuah pangkalan latihan juruterbang Akademi Penerbangan AVIC, menurut AVIC.
AG100, yang dibangunkan oleh China Aviation Industry General Aircraft Co., Ltd. di bawah AVIC, mengisi jurang penting bagi China dalam pengeluaran pesawat latihan asas awam buatan sendiri.
Direka khusus untuk latihan juruterbang dan penerbangan persendirian, AG100 bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, termasuk sekolah latihan juruterbang dan juruterbang persendirian, jelas AVIC.
Pesawat AG100 yang boleh memuatkan tiga orang itu dibina dengan struktur komposit daripada gentian kaca dan karbon, menurut firma pengeluaran. Pesawat latihan itu mempunyai panjang 7.26 meter dan rentang sayap 10.42 meter.
Dalam masa akan datang, usaha akan diteruskan untuk meningkatkan dan mengoptimumkan pesawat AG100 serta memastikan kejayaan dari segi komersial, sambil mempercepatkan pembangunan ekonomi altitud rendah dan industri penerbangan am negara, kata AVIC. – Xinhua