Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Hungary gesa EU sesuaikan diri dengan cabaran global

    BUDAPEST, 21 JAN – Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban kelmarin menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya menyesuaikan diri dengan cabaran global dan mentakrif semula peranannya untuk kekal berdaya saing di pentas dunia, lapor Xinhua.

    Dalam menilai semula kepimpinan Hungary semasa memegang jawatan Presiden EU, Orban mengkritik ketidakmampuan EU menangani perubahan geopolitik dan ekonomi yang mendesak, dengan mendakwa blok itu terlalu memberikan tumpuan kepada peluasan kawal selia dalaman. Beliau berpendapat Eropah gagal menyelesaikan isu utama seperti keselamatan tenaga, migrasi haram dan daya tahan ekonomi.

    “Brussels hanya duduk diam di bilik persalinan manakala seluruh dunia terus bergerak ke hadapan,” katanya.

    Orban memberi amaran bahawa pengasingan blok yang semakin meningkat dari negara utama Amerika Syarikat, China dan Rusia serta pengaruh Afrika yang kian meningkat, adalah satu kesilapan. “Jika ini berterusan, EU akan menjadi pihak yang benar-benar kalah,” katanya. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda