Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Polis Vietnam tahan 20 orang godam akaun Facebook

    HANOI, 9 MEI – Polis Vietnam telah menahan 20 orang kerana mencuri dan mengodam puluhan ribu akaun Facebook di dalam dan di luar negara, kata media kerajaan kelmarin, penggodam berjaya mengaut keuntungan hampir AS$4 juta.

    Kumpulan itu didakwa menghasilkan dan menyebarkan malware untuk menggodam lebih 25,000 akaun perniagaan bernilai tinggi, menurut VNExpress.

    Polis keselamatan siber membuat tangkapan dalam beberapa serbuan di Hanoi, hab perniagaan Ho Chi Minh City dan wilayah utara Nam Dinh pada April lalu.

    Kumpulan itu dipercayai diketuai oleh Dang Dinh Son berusia 31 tahun yang telah membeli sumber malware bernilai AS$1,200 untuk mencuri maklumat akaun pengguna Facebook.

    “Lelaki dari wilayah Nam Dinh itu menggunakan perisian itu untuk mengawal dua halaman peminat Facebook popular yang berkaitan dengan dua laman web penyuntingan foto Art Bay AI dan Evoto Studio, kata media kerajaan.

    Suspek kemudian menarik pengguna Facebook untuk memuat naik dan memasang aplikasi yang mana malware akan menyusup masuk ke peranti pengguna.

    Data yang dicuri telah dikumpul dan dihantar kembali ke server yang dikawal oleh Son dan kemudian diedarkan kepada lima kumpulan di Telegram untuk membolehkan ahli pasukannya merampas akaun pengguna. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...