Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    PPNBD adakan acara pengenalan memanah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Dalam usaha memberi pendedahan dan memperkenalkan Kelab Memanah Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), satu acara pengenalan memanah pengakap bagi media dan keluarga telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap Kampung Beribi, hari ini.

    Acara anjuran PPNBD itu telah dilancarkan oleh tetamu kehormat, Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas.

    Dalam ucapan alu-aluannya, beliau antara lain menjelaskan, sukan memanah ini telah diiktiraf sebagai salah satu sukan bukan sahaja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bahkan di peringkat Olimpik.

    “Dengan adanya kelab memanah yang baru diperkenalkan oleh PPNBD, ia akan menjadi landasan untuk mencari ahli-ahli yang berbakat dalam sukan ini untuk diketengahkan ke pertandingan-pertandingan dan kejohanan seterusnya mewakili negara ke kejohanan memanah di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

    Ke arah itu, tambahnya, ahli-ahli pengakap di daerah-daerah lain juga di galakkan untuk menyertai sukan ini bagi mengembangkan lagi aktiviti pengakap. “Selain menggalakkan ahli dan orang ramai dalam sukan memanah ini, ia secara tidak langsung dapat menambah jumlah keahlian pengakap di negara ini,” jelasnya.

    Sejurus pelancaran acara, tetamu kehormat dan tetamu yang lain berpeluang menyaksikan persembahan dan aktiviti memanah daripada ahli PPNBD dan seterusnya menyaksikan pameran mini mengenai aktiviti dan peralatan memanah yang telah disediakan.

    Dato Paduka Haji Idris menyaksikan pameran mini pada acara berkenaan.
    Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti memanah.

    Ahli PPNBD menampilkan persembahan memanah pada acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...