Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Pushpa Kamal dilantik Perdana Menteri baharu Nepal

    KATHMANDU, 25 DIS – Pushpa Kamal Dahal, yang dikenali sebagai ‘Prachanda’, dilantik sebagai perdana menteri Nepal yang baharu, sekali gus menamatkan pertikaian politik di negara itu, lapor dpa.

    Presiden Bidya Devi Bhandari melantik Dahal berdasarkan Perkara 76 (2) perlembagaan, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.

    Dahal dijangka mengangkat sumpah jawatan pada Isnin dan beliau perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam tempoh sebulan.

    Dahal kembali berkuasa untuk kali ketiga dengan sokongan parti pembangkang utama CPN-UML dan beberapa parti lain.

    Dahal telah mendapat sokongan 169 Ahli Parlimen daripada 275 anggota, lapor Kathmandu Post.

    Pelantikan Dahal sebagai perdana menteri mengejutkan ramai pihak kerana partinya, CPN (Maoist Centre) menduduki tempat ketiga dengan hanya memperoleh 32 kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.

    Pelantikan Dahal mungkin menamatkan ketidaktentuan kerajaan tetapi ketidakstabilan politik di negara Asia Selatan itu telah berlanjutan sejak 2008. – Bernama

    Pushpa Kamal Dahal (dua kiri) dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal pada 25 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...