Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Sebagai usaha untuk membantu meringankan beban mangsa musibah banjir, Projek Bina Bakti mengadakan misi kemanusiaan bagi membantu Mangsa Banjr di Miri dan Bintulu, Sarawak, kelmarin.
Misi berkenaan telah diketuai oleh Mohammad Amir Nazmi bin Mohd Kassim. Turut hadir dan menyempurnakan penyerahan sumbangan tajaan daripada Dsunlit Sdn Bhd dan beberapa individu kepada mangsa banjir di Bintulu ialah Pemangku Pengerusi 1 Projek Bina Bakti, Muhammad Amirul Aqil bin Abdullah Ang.
Misi berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Projek Bina Bakti dalam memeduli golongan yang memerlukan bantuan di dalam dan luar negara.