Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Ramah Mesra Aidilfitri KKBS eratkan ukhuwah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Bagi menzahirkan rasa kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim, ukhuwah dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di KKBS, ketua-ketua bahagian dan jabatan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis kali ini diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan dan Sijil Penghargaan kepada 56 orang pegawai dan kakitangan pesara KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi 2023; dan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 114 rakan strategik KKBS sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 tahun 2024.

    Majlis penghargaan tersebut bertujuan untuk mengiktiraf nilai yang ada dalam diri seseorang pekerja yang telah memberikan sumbangan khidmat sepanjang bertugas dengan kerajaan dan memberikan penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang telah menjayakan sambutan tersebut.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para penerima. – GAMBAR SERAHAN KKBS
    GAMBAR SERAHAN KKBS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...