Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Tingkat literasi statistik, penggunaan data

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Seramai 120 orang pelajar daripada jurusan HNTec Pengurusan Perdagangan dan Pentadbiran Pejabat, berserta lima orang tenaga pengajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Perdagangan menyertai bengkel bertemakan Ke Arah Masyarakat Berpandukan Data, yang diadakan di Sekolah Bisnes, IBTE Kampus Bisnes, Gadong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), di sini, bengkel yang dikendalikan oleh Jabatan Perangkaan (JP) itu diketuai oleh pemangku timbalan ketua pengarah JPES dan difasilitasikan oleh pegawai-pegawai perangkaan dari JP.

    Penganjuran bengkel berkenaan merupakan bukti komitmen jabatan berkenaan untuk menyebarkan ilmu dalam memupuk masyarakat yang diperkasakan oleh data.

    Ia direka bentuk untuk meningkatkan literasi statistik dalam kalangan pendidik dan pelajar di peringkat pengajian tinggi, seterusnya mengukuhkan pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan statistik dalam kehidupan seharian, kerja-kerja penyelidikan serta memahami peranan statistik dalam membuat keputusan dan penggubalan dasar.

    Bengkel juga bermatlamat untuk memupuk minat dalam sains statistik dalam kalangan pelajar daripada peringkat awal, melengkapkan mereka dengan asas dalam membuat keputusan berasaskan bukti yang akan membentuk trajektori peribadi dan profesional mereka dengan ketara.

    Sepanjang sesi taklimat berkenaan, para pelajar diberikan pengetahuan mengenai data statistik perniagaan dan sosial yang dikumpul oleh jabatan itu melalui banci dan kajian, dan produk-produk statistik yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan e-buku Brunei Darussalam Key Indicators (BDKI) 2023 terkini yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang jabatan tersebut.

    Para pelajar juga telah didedahkan mengenai pengetahuan tentang pengendalian banci dan kajian serta tatacara proses pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data, selaras dengan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa.

    Para peserta bergambar ramai semasa mengikuti bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPES
    GAMBAR SERAHAN JPES

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...