Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid tewaskan Chelsea, perlawanan pra-musim

    WASHINGTON, 7 OGOS – Penyandang juara Liga Juara-Juara dan juara La Liga, Real Madrid tamatkan jelajah pramusim Amerika Syarikat kelmarin dengan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea.

    Seramai 62,617 penonton membanjiri stadium Carolina Panthers NFL di Charlotte, North Carolina untuk menyaksikan Vinicius Junior membuat permulaan pertamanya dalam perlawanan pemanas badan untuk pembukaan La Liga Real Madrid dalam tempoh 12 hari.

    Pemain tengah Sepanyol, Dani Ceballos merembat rembatan kaki kanan ke sudut kiri bawah pada minit ke-19 untuk membolehkan Real mendahului 1-0.

    Brahim Diaz melepaskan sepakan kaki kiri dari sudut sukar pada minit ke-27 untuk menggandakan pendahuluan pasukan Sepanyol itu, meleretkan bola dari kiri tepat di garisan belakang dan melepasi gawang Chelsea ke bahagian paling kanan.

    Penyerang Inggeris, Noni Madueke membuat jaringan pada minit ke-39 dengan tandukan dari sebelah kanan kotak penalti tetapi Chelsea tidak dapat menjaringkan gol penyamaan. – AFP

    Aksi Christopher Nkunku (kiri), pemain Chelsea dan pemain pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger merebut bola semasa perlawanan bola sepak persahabatan pramusim di Stadium Bank of America di Charlotte, Carolina Utara kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda