Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ribuan guru bantah rang undang-undang pendidikan baharu

    KATHMANDU, 22 SEPT – Sekolah untuk berjuta-juta pelajar di Nepal ditutup hari ini apabila puluhan ribu guru mengadakan protes di ibu negara bagi menentang rang undang-undang reformasi pendidikan yang dibentangkan di parlimen.

    Demonstrasi telah diadakan di Kathmandu sejak Rabu bagi menentang Rang Undang-undang Pendidikan Sekolah sambil kumpulan guru berunding dengan pemimpin kerajaan mengenai perubahan kepada undang-undang tersebut.

    Mereka menentang peruntukan yang akan mengalihkan sekolah yang dikendalikan kerajaan kepada kawalan tempatan, dengan menyatakan bahawa ia akan menurunkan status mereka, dan hal ini akan menghapuskan banyak jawatan guru sementara.

    Guru-guru tersebut telah menyekat jalan utama yang menghubungkan bangunan parlimen dengan kementerian-kementerian utama kerajaan, mengganggu lalu lintas di tengah-tengah ibu kota. Beratus-ratus anggota polis yang memakai peralatan rusuhan menghalang jalan menuju ke parlimen dengan penghadang kawat berduri.

    Para guru telah mengancam untuk membawa lebih ramai penunjuk perasaan ke Kathmandu jika tuntutan mereka tidak diendahkan.

    “Tuntutan utama kami ialah guru-guru harus diletakkan di bawah kerajaan pusat seperti mana-mana ahli profesional kerajaan yang lain dan bukannya di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan yang semuanya dipengaruhi oleh politik,” kata Badri Dhungel, seorang guru sekolah menengah yang menyertai protes itu. – AP

    Guru dari seluruh negara berkumpul untuk bantahan terhadap rang undang-undang pendidikan di Kathmandu, Nepal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...