Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Romania akan takai hampir 500 beruang

    BUCHAREST, 16 JULAI – Parlimen Romania kelmarin meluluskan penakaian hampir 500 beruang tahun ini dalam usaha mengawal ‘populasi berlebihan’ spesies dilindungi itu selepas serangan maut pendaki mencetuskan bantahan di seluruh negara.

    Romania rumah kepada populasi beruang coklat terbesar di Eropah di luar Rusia dengan jumlah 8,000, menurut kementerian alam sekitar.

    Beruang telah membunuh 26 orang dan mencederakan 274 yang lain sejak 20 tahun lalu di negara Eropah tenggara itu, kata kementerian tersebut awal tahun ini.

    Selepas seorang pendaki muda dibaham hingga mati di laluan popular di Pergunungan Carpathian Romania, Perdana Menteri Marcel Ciolacu memanggil ahli-ahli parlimen pulang dari percutian musim panas untuk menghadiri sesi tergempar parlimen. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda