Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Rumah, kereta musnah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Sebuah rumah dua tingkat dan sebuah kereta musnah dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Telisai, Tutong, pagi kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, 15 orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Beruang, Tutong dengan bantuan dari Balai Bomba Sungai Liang yang diketuai oleh ASO Haji Abdul Aziz telah dikejarkan ke insiden kebakaran rumah di Kampung Telisai, Tutong pada pukul 7:10 pagi.

    Apabila anggota bomba dan penyelamat sampai di tempat kejadian, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah rumah jenis dua tingkat yang mana tingkat atas diperbuat keseluruhan kayu manakala tingkat bawah diperbuat keseluruhan konkrit beratapkan spandik.

    Rumah berkenaan ber-ukuran 10 meter panjang dan 7 meter lebar. Dalam kejadian itu juga, sebuah kereta yang dalam keadaan parkir turut musnah.

    Anggota bomba segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran hos dengan air diperoleh dari tangki jentera bomba serta pili-pili bomba yang berdekatan.

    Api berjaya dikawal dalam masa lapan minit. Punca serta kerugian masih dalam siasatan dan tidak ada korban jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

    JBP menyarankan orang ramai terutama pemilik rumah untuk memastikan bahawa premis mereka mempunyai perlindungan insurans bagi musibah dan kejadian yang tidak diingini, memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api serta memastikan mana-mana suis peralatan elektrik dimatikan selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Mereka juga disarankan jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan memastikan membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan jika terdapat kebocoran gas serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    JBP turut menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Orang ramai juga disarankan menghubungi talian kecemasan 995 jika berlaku sebarang insiden kecemasan dan memberikan maklumat yang tepat.

    Keadaan sebuah rumah dua tingkat yang musnah akibat kebakaran di Kampung Telisai, Tutong, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...