Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    SAB raikan pelajar cemerlang

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 JULAI – Dalam meraikan pencapaian akademik dan kokurikulum para pelajar sepanjang tahun lalu, Sekolah Arab Belait (SAB) telah menganjurkan majlis penyampaian anugerah bagi pelajar dan guru cemerlang yang berlangsung di dewan Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan yang telah dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua sekolah berkenaan, Pengiran Hajah Masniah @ Nur Amalina binti Pengiran Hussin.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengetua Akademik Mahad Islam Brunei, Hajah Noramalina binti Haji Mohd Ali, para pelajar dan guru yang menerima anugerah, pelajar-pelajar lain dan ibu bapa serta penjaga pelajar yang diraikan.

    Pengiran Hajah Masniah @ Nur Amalina dalam ucapannya berkata, majlis tersebut bertujuan untuk menghargai usaha para pelajar dalam melakukan yang terbaik pada masa yang sama menjadi contoh untuk mengaspirasikan pelajar lain dalam akademik dan kokurikulum.

    Majlis menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah termasuk anugerah terbaik dalam akademik dan kokurikulum, anugerah terbaik dalam akademik dan terbaik dalam kokurikulum selain anugerah pelajar terbaik bagi setiap kelas, pelajar terbaik dalam setiap subjek, terbaik dalam kehadiran dan banyak lagi.

    Sementara itu, guru-guru yang menunjukkan kerja cemerlang dan dedikasi dalam menyokong usaha pelajar juga menerima anugerah.

    Majlis juga dimeriahkan dengan beberapa persembahan nasyid sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Salah seorang guru menerima anugerah daripada Hajah Noramalina.
    Salah seorang pelajar bersama ibu bapanya menerima anugerah pelajar terbaik yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...