Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Saixse pertahan single Malampagi

    Penyanyi rap, Saixse tidak berkecil hati apabila segelintir pengguna media sosial mendakwa lagu ‘hit’ dendangannya, Malampagi berbaur lucah dan tidak sesuai diperdengarkan kepada umum, biarpun single berkenaan diluluskan untuk siaran radio.

    Saixse, 21, menerima dengan hati terbuka setiap pandangan atau kritikan yang dilemparkan terhadap lagunya itu. Malah, penyanyi yang memulakan karier muzik sejak berusia 14 tahun itu menjelaskan, Malampagi adalah luahan hatinya dan pendengar terbuka menilai maksud di sebalik bait lirik karya berkenaan.

    “Setiap orang ada pandangan masing-masing. Apa yang saya sampaikan ialah luahan hati sendiri. Mungkin yang bercakap (lemparkan komen) tidak kenal saya secara mendalam.

    “Kalau boleh, janganlah terlalu memikirkan arah yang tidak baik. Bagaimanapun, saya terima semua pendapat dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

    Single Malampagi yang dilancarkan pada November 2022, namun, mula mendapat perhatian sejak Jun lalu, didakwa mengandungi lirik bertentangan akidah dan menonjolkan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda.

    Baru-baru ini, seorang individu melalui hantaran Facebook (FB) mendakwa, single Malampagi yang berkisar pemuda fasiq yang hidup bergelumang maksiat dan mengalami kekecewaan teruk akibat putus cinta, cenderung membawa remaja mendekati kehidupan tidak bermoral.

    Individu terbabit mendakwa penulis dan penyanyi lagu terbabit tidak menjaga sensitiviti masyarakat dan agama.

    Saixse berkata, kecaman dan kritikan bukanlah perkara baharu bagi dirinya. Justeru, Saixse memilih untuk tidak membaca komen atau terlalu memikirkan mengenainya. – Agensi

    Saixse terima dengan hati terbuka setiap kritikan yang dilemparkan terhadap lagunya. – harian metro
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...