Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sam Bankman Fried mengaku tidak bersalah

    NEW YORK, 4 JAN – Pengasas FTX, Sam Bankman Fried mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan berbilion dolar di mahkamah persekutuan Manhattan kelmarin, lapor TCA/DPA.

    Lelaki berusia 30 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk bersubahat untuk mencuci wang dan melanggar undang-undang kempen kewangan.

    Bankman Fried dituduh mengendalikan berbilion dolar aliran masuk wang ke platform pertukaran mata wang kriptonya, FTX, yang membolehkan pengguna menjalankan dagangan mata wang ke firma dagangan kriptonya, Alameda Research.

    Firma itu bernilai lebih AS$30 bilion semasa kemuncaknya.

    Pengakuan Bankman Fried dibuat selepas para pegawai tertinggi termasuk bekas teman wanitanya yang berhadapan pertuduhan persekutuan, bersetuju untuk bekerjasama menentangnya.

    Carolyn Ellison, 28, ialah bekas teman wanita Bankman Fried dan Ketua Pegawai Eksekutif Alameda Research. Eksekutif lain yang menentangnya, Gary Wang, 29, ialah pengasas bersama FTX.

    Kedua-duanya mengaku melakukan penipuan bank, penipuan sekuriti dan penipuan komoditi. – Bernama

    Bankman Fried (tengah), semasa tiba di mahkamah persekutuan Manhattan, New York, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda