Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perlu pisah pertumbuhan ekonomi daripada guna tenaga tidak lestari

    KUCHING, 29 OGOS – Sarawak berada di titik peralihan penting iaitu ia perlu memisahkan pertumbuhan ekonominya daripada penggunaan tenaga dan sumber yang tidak lestari, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata peralihan itu tidak akan berlaku dengan sendirinya kerana ia memerlukan Sarawak untuk mengamalkan dasar ekonomi hijau untuk memacu peralihan.

    Menurut Abang Johari, dasar itu memberi tumpuan kepada beberapa objektif utama termasuk memastikan komitmen penuh untuk melindungi biodiversiti dan sumber semula jadi yang unik.

    “Daripada mengganggap alam semula jadi sebagai sesuatu yang boleh dipergunakan, kita harus melihatnya sebagai modal semula jadi untuk dilabur bagi perlindungan dan pemuliharaan.”

    “Kami komited untuk memupuk pertumbuhan inklusif melalui penggunaan sumber lestari serta memastikan pertumbuhan ekonomi kami tidak akan menyebabkan penggunaan sumber yang berlebihan dan pelepasan gas rumah hijau yang tinggi,” katanya menerusi ucap tama beliau pada Forum Perniagaan Australia-ASEAN 2024 di Sydney, Australia, hari ini.

    Sementara itu, Abang Johari berkata peralihan Sarawak kepada ekonomi hijau bergantung besar kepada tenaga lestari. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada 24 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda