BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Straits Central Agencies (SCA) menandakan perkhidmatan tahun ketiga berturut-turut dengan jumlah penumpang seramai 256 orang yang terdiri daripada 242 orang dewasa, 12 kanak-kanak dan dua anak damit hari ini.
SCA menawarkan pelbagai pakej umrah yang direka dengan teliti dan disesuaikan khas.
Salah satu tawaran yang paling istimewa ialah perkhidmatan penerbangan carter penuh yang hanya tersedia secara eksklusif pada bulan Disember.
Sehubungan itu, SCA ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan atas pencapaian syarikat terutamanya pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), pengurusan dan kakitangan SCA serta rakan kongsi hotel di Arab Saudi, atas sokongan dan kerjasama dalam memastikan perjalanan yang lancar.
SCA juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jemaah haji kerana meletakkan kepercayaan mereka dan maklum balas mereka yang tidak ternilai telah membantu syarikat meningkatkan lagi perkhidmatan.
Usaha yang tidak berkesudahan telah dilakukan oleh pasukan SCA dalam mendapatkan penginapan di hotel lima bintang berhampiran dengan tapak suci, dengan tujuan untuk menjadikan pengalaman ibadah pelanggan mereka berjalan lancar.
SCA merupakan salah satu daripada 10 agensi pelancongan yang diluluskan dan diberi kebenaran menawarkan pakej haji dan umrah menggunakan visa umrah dalam tempoh tiga tahun akan datang dari 1446 – 1448 Hijrah oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Jabatan Hal Ehwal Haji.