Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Sekolah YSHHB imarahkan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seramai 265 warga Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang terdiri daripada pengetua-pengetua dan guru besar, para pegawai, guru dan kakitangan sekolah berkenaan telah menghadiri Majlis Mengimarahkan Bulan Ramadan 2024, kelmarin.

    Majlis gabungan sekolah rendah (SR), sekolah menengah (SR), TASKA dan sekolah ugama (SU) YSHHB yang berlangsung di Dewan SR YSHHB itu antara lain bertujuan untuk sama-sama mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Acara tahunan sekolah berkenaan juga secara tidak langsung bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara guru dan kakitangan sekolah di tiga bahagian.

    Hadir menyertai majlis berkenaan ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi; Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen yang juga Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, dan Guru Besar SU YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan Saiyidul Istighfar.

    Pengetua-pengetua Sekolah YSHHB dan Guru Besar SU YSHHB bersama guru-guru lain pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...