Tuesday, May 21, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Semua laluan M’sia-Thailand ditutup sementara

    NARATHIWAT, 29 APRIL – Semua laluan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di daerah Tak Bai, Sungai Golok dan Weng ditutup sementara berikutan kejadian letupan bom dan tembakan yang mencederakan empat anggota polis.

    Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.

    “Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut laluan sungai manakala sebahagian lagi bersembunyi di kawasan berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.

    Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 12:05 tengah malam, empat anggota sedang melakukan tugasan berhampiran pekan Sungai Golok cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka tiba-tiba meletup.

    Katanya, siasatan awal polis juga menemukan tiga butir bom yang tidak aktif, 50 kelongsong peluru dan paku bertaburan berhampiran tempat kejadian.

    Bagaimanapun, Jadsadavit berkata seta-kat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.

    Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian berkenaan.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Naib Presiden Iran akan ganti Raisi

    TEHRAN, 20 MEI - Naib Presiden pertama Iran, Mohammad Mokhber, 68, dijangka mengambil alih jawatan Presiden selepas kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter ketika...