Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Shakira bengang Gerard Pique terlalu cepat ‘move on’

    Penyanyi Shakira dikatakan kurang senang dengan tindakan bekas kekasihnya iaitu Gerard Pique yang dilihat bermesraan dengan seorang wanita selepas dua bulan mereka berpisah.

    Perkara itu dilaporkan oleh sumber terdekat Shakira, 45, yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui berasa sedih dengan tindakan Pique, 35.

    “Shakira seakan tidak percaya Pique akan bertindak seperti ini terutama apabila mereka baharu sahaja berpisah,” ujar sumber.

    Lebih membuatkan Shakira bengang kerana sebelum ini dia dan Pique sudah bersepakat untuk tidak mendedahkan hubungan masing-masing kepada umum selama setahun selepas berpisah.

    “Shakira mengharapkan dia tidak perlu melihat perkara itu dan faham sebagai seorang yang dikenali sukar untuk menutup perkara peribadi.

    “Walaupun berasa kecewa dengan situasi itu tetapi dia tetap bapa kepada dua anak dan dia tahu akan tanggungjawabnya,” tambah sumber.

    Pique dikatakan mula menjalin hubungan dengan wanita dikenali sebagai Clara Chia Marti, 23, selepas kedua-duanya kerap bekerjasama memandangkan Marti merupakan seorang pegawai perhubungan awam.

    Shakira dan Pique menjalinkan hubungan sekitar tahun 2010 dan memiliki dua cahaya mata lelaki Sasha, 7, dan Milan, 9.

    Mereka kemudian berpisah sekitar Jun 2022. – Agensi

    Shakira juga bengang kerana sebelum ini dia dan Pique sudah bersepakat untuk tidak mendedahkan hubungan masing-masing kepada umum selama setahun selepas berpisah.– Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...