Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pembunuhan Abe: Ketua Polis Jepun letak jawatan

    MOSCOW/TOKYO, 25 OGOS – Ketua Agensi Polis Jepun Itaru Nakamura hari ini mengumumkan hasratnya untuk berundur susulan penerbitan semakan salah urus keselamatan yang membawa kepada pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Julai, lapor Sputnik.

    “Agensi Polis Negara percaya pelaksanaan langkah-langkah secara berterusan perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan keselamatan baharu di bawah sistem baharu, untuk mengelak kejadian seperti itu berulang lagi.

    “Hari ini, saya menyampaikan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hasrat saya untuk meletakkan jawatan, dalam usaha untuk merombak hal ehwal kakitangan,” kata Nakamura semasa sidang media yang disiarkan oleh media Jepun.

    Peletakan jawatannya dijangka diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat.

    Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Nara Onizuka Tomoaki, tempat pembunuhan itu berlaku, turut mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan hari ini, kata penyiar Jepun NHK.

    Ketua Polis Jepun, Itaru Nakamura semasa bercakap pada sidang media di Tokyo, 25 Ogos. – AFP

    Penilaian semula langkah-langkah keselamatan oleh agensi polis selepas serangan itu mendapati kelemahan dalam rancangan keselamatan, serta bukti arahan yang tidak mencukupi, perkongsian maklumat di tempat kejadian dan terutamanya, kegagalan polis untuk menyedari suspek menghampiri Abe, kata penyiar itu.

    Kerajaan Jepun berazam untuk mengkaji semula langkah-langkah keselamatan untuk pegawai tinggi dan tokoh terkemuka dan mengukuhkan kerjasama dengan pasukan polis wilayah, yang akan menjadi langkah pertama dalam menambah baik protokol keselamatan Jepun dalam tempoh 30 tahun, menurut laporan itu.

    Abe, 67, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam  kempen pilihan raya.

    Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter. Menurut polis, Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Universiti Perubatan.

    Upacara pengebumian dan pembakaran mayatnya diadakan pada 12 Julai.

    Pengebumian negara Abe dijadualkan pada 27 September yang akan menjadi pengebumian negara kedua untuk bekas perdana menteri sejak Perang Dunia II. Pengebumian pertama diadakan pada 1967 untuk Shigeru Yoshida. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...