Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Sistem kad pengenalan baharu 10 Ogos ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Sistem Kad Pengenalan (JIPK) baharu akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan cawangan-cawangan pada 10 Ogos ini.

    Pada peringkat percubaan, pendaftaran hanya dibukakan kepada mereka yang baru mencapai umur 12 tahun khusus bagi warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK www.immigration.gov.bn.

    Pengumuman itu dibuat oleh JIPK dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Terdahulu dalam siaran akhbar itu, JIPK merujuk Siaran Akhbar JIPK, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertarikh 20 Jun 2022 berkenaan dengan fasa peralihan Sistem Pendaftaran Kad Pengenalan yang lama untuk dinaiktarafkan kepada sistem baharu.

    JIPK dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan bagi pendaftaran-pendaftaran peringkat seterusnya.

    Dalam pada itu, JIPK turut memaklumkan bahawa kaunter-kaunter pendaftaran di pejabat cawangan-cawangan JIPK di Daerah Belait, Temburong dan Tutong akan ditutup pada pukul 12 tengah hari, 9 Ogos bagi membolehkan persiapan-persiapan dibuat untuk memastikan pendaftaran sistem baharu itu berjalan lancar.

    Bagi sebarang maklumat dan pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi e-mel info@immigration.gov.bn atau talian ibu pejabat dan cawangan Temburong iaitu 7299550 dan 7299586 (WhatsApp), cawangan Kuala Belait iaitu 7299597 (WhatsApp) serta cawangan Tutong iaitu 4221251 (waktu pejabat).

    JIPK akan memulakan sistem kad pengenalan baharu pada 10 Ogos ini di ibu pejabat dan cawangan-cawangan di semua daerah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...